FAQ

1. Apakah jenis bacaan yang diajarkan di Akademi ini?

Buat masa ini, Akademi ini mengajar bacaan Hafs ‘an Asim Tariq al Shatibiyah.

2. Bagaimana saya boleh mendaftar untuk mengikuti kursus bacaan/hafazan?

Anda boleh mendaftar melalui borang yang disediakan di laman web kami http://www.tmeag.com Anda akan mendapat maklum balas dalam tempoh masa 3 hari bekerja In shaa Allah. Sebaiknya anda semak terlebih dahulu jadual yang sedia ada dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sebelum anda mendaftar.

3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima respon daripada Akademi selepas mendaftar melalui laman web?

Hantarkan e-mel kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar di admin@tmeag.com

4. Bolehkah saya daftarkan anak-anak saya untuk kursus bacaan/hafazan?

Ya, boleh. Kami menerima kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun ke atas manakala untuk kanak-kanak lelaki pula, dari umur 8 hingga 10 tahun sahaja.

5. Bagaimana kursus bacaan/hafazan dijalankan?

Kelas bacaan dan hafazan Al-Qur’an dijalankan melalui aplikasi Skype menerusi fungsi Audio sahaja. Pelajar akan membaca seorang demi seorang di hadapan guru kelas masing-masing. Jumlah pelajar maksimum di dalam kelas Bacaan Al-Qur’an adalah seramai 10 orang manakala bagi kelas Hafazan adalah seramai 6 orang. Setiap kelas di kendalikan selama 1 jam 15 minit bergantung kepada jumlah pelajar yang mendaftar untuk kelas tersebut.

6. Adakah saya akan menerima sijil setelah tamat menjalani kursus Hafazan?

Ya, sijil akan diberikan setelah selesai setiap Juz dan setelah lulus ujian penilaian oleh Akademi.

7. Adakah saya akan menerima sijil setelah tamat menjalani kursus Bacaan Al-Qur’an?

Sijil bagi tamat kursus bacaan Al-Qur’an hanya akan diberikan kepada pelajar “Program Khatam” yang telah mengambil ujian penilaian.

8. Adakah terdapat kelas biasa (bukan dalam talian) yang ditawarkan?

Ya, kelas-kelas biasa diadakan di Bukit Jelutong dan Pulau Pinang di Malaysia.

9. Saya lebih selesa dengan kelas perseorangan, adakah saya mempunyai pilihan untuk kelas sebegini?

Ya. Maklumkan kepada kami permintaan anda untuk kelas perseorangan dan dapatkan maklumat lanjut dengan menghantarkan e-mel kepada admin@tmeag.com

10. Adakah saya dibenarkan untuk menukar kelas saya?

Ya, walaubagaimanapun pertukaran kelas hanya dibenarkan pada awal penggal baru. **Tertakluk kepada kekosongan kelas

11. Adakah saya perlu mengetahui hukum tajwid bagi mengikuti kursus Bacaan Al-Qur’an dan Hafazan?

Ya. Guru akan menggunakan istilah tajwid di dalam kelas bermula dari tahap empat (Ungu) dan ke atas.

12. Adakah kursus TME wajib bagi kursus Bacaan Al-Qur’an dan Hafazan?

Ianya wajib bagi pelajar yang sudah mencapai tahap empat (Ungu) dan ke atas dalam bacaan.

13. Apakah maksud bagi setiap warna dalam bacaan?

Setiap warna mewakili tahap bacaan yang berbeza. Secara keseluruhannnya, terdapat 7 tahap bacaan:
1. Putih (White) (Baru mula belajar)
2. Kuning (Yellow)
3. Merah Jambu (Pink)
4. Ungu (Purple) (Pertengahan)
5. Merah (Red)
6. Perang (Brown)
7. Hitam/Nilam (Black/Sapphire) (Tertinggi)

14. Adakah bacaan saya akan di nilai?

Ya. Setiap penggal, guru kelas akan menilai dan menghantar pencalonan bagi pelajar yang ada kemajuan dalam bacaan mereka untuk “Pengesahan Warna”.

15. Alhamdulillah, saya baru sahaja mencapai tahap Hitam (Black)/Nilam (Sapphire). Apakah pilihan saya seterusnya?

Ada 5 pilihan lanjutan untuk pelajar setelah mencapai tahap Hitam (Black). Mereka boleh memilih untuk mengikuti:
i. Kursus Hafazan
ii. Program Khatam
iii. Program Nurturing
iv. Program Guru Percubaan dalam Latihan (PTiTP)
v. Program Guru Quran (Akan datang)

1.Apakah Program Khatam?

Program Khatam merupakan program di mana pelajar membaca Al-Qur’an dengan bacaan yang betul dari muka surat pertama hinggalah ke akhir Al-Qur’an dengan bimbingan seorang guru terlatih.

2. Siapakah yang layak mengikuti Program Khatam?

Program Khatam adalah untuk pelajar-pelajar yang telah mencapai tahap bacaan tertinggi di dalam Akademi iaitu tahap tujuh (Hitam dan Nilam).

3. Berapa lamakah tempoh bagi setiap kelas Program Khatam?

Setiap kelas Khatam di kendalikan selama 1 jam 15 minit bergantung kepada jumlah pelajar yang mendaftar untuk kelas tersebut.

4. Ada berapa ramai pelajar dalam setiap kelas Program Khatam?

Jumlah pelajar maksimum di dalam kelas Khatam adalah seramai 10 orang.

5. Saya lebih selesa dengan kelas perseorangan, adakah saya mempunyai pilihan untuk kelas sebegini?

Ya. Maklumkan kepada kami permintaan anda untuk kelas perseorangan dan dapatkan maklumat lanjut dengan menghantarkan e-mel kepada admin@tmeag.com

6. Adakah saya dibenarkan untuk menukar kelas saya?

Ya, walaubagaimanapun pertukaran kelas hanya dibenarkan pada awal penggal baru. **Tertakluk kepada kekosongan kelas

1. Apakah kursus SFS dan ianya sesuai untuk siapa?

SFS adalah singkatan bagi “Starting From Scratch” atau dalam Bahasa Melayu membawa maksud “Bermula dari Awal”. Kursus SFS paling sesuai untuk pelajar-pelajar yang baru mula membaca Al-Qur’an. Kursus ini telah direka khas bagi membina asas bacaan Al-Qur’an, iaitu dengan mengenal serta melafaz huruf-huruf Arab dengan betul.

2. Apakah kursus TME dan ianya sesuai untuk siapa?

TME adalah singkatan bagi “Tajweed Made Easy” atau dalam Bahasa Melayu membawa maksud, “Tajweed dijadikan Mudah”. Kursus ini merupakan kursus tajwid tahap lanjutan yang direka khas bagi memudahkan pemahaman asas tajwid bagi pelajar di semua peringkat, yang seterusnya akan membantu proses penyempurnaan bacaan Al-Qur’an. Untuk mengetahui sama ada anda sesuai untuk mendaftar dalam kursus ini, bacaan anda perlu dinilai terlebih dahulu. Hantarkan e-mel kepada admin@tmeag.com untuk maklumat lanjut.

3. Bagaimana untuk mendaftar bagi kursus ini sekiranya saya belum lagi menjadi pelajar TMEAG? Di mana saya boleh dapatkan jadual bagi kelas- kelas?

Jadual pengambilan pelajar baru yang terkini bagi semua kursus, disediakan di halaman utama laman web kami iaitu di bahagian “Kursus Akan Datang” (Upcoming Courses) atau di laman media sosial TMEA Global (Facebook, Instagram dan Twitter). Untuk mendaftar, sila layari laman web kami tmeag.com/ms/ ATAU hantarkan e-mel kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar kami di admin@tmeag.com

4. Jadual waktu bagi kursus ini tidak sesuai dengan jadual harian peribadi saya, apa yang boleh saya lakukan?

Terdapat beberapa pilihan untuk anda:

i. Maklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar hari dan masa yang lebih sesuai untuk anda. Sebaik sahaja kami menerima permintaan daripada pelajar-pelajar lain untuk hari dan masa yang sama dalam jumlah minimum, kami akan membuka kelas tersebut.

ii. Anda boleh kumpulkan seramai lapan (jumlah minimum) pelajar Muslimah yang ingin hadir pada hari dan masa yang sama dengan anda; kemudian maklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar apabila anda dan mereka (8 hingga 10 pelajar) sudah bersedia untuk memulakan kursus tersebut.

iii. Pilihan terakhir adalah dengan menunggu pengambilan seterusnya. Lawati laman web kami www.tmeag.com atau ikuti akaun media sosia tmeaglobal [Facebook, Twitter, Instagram) untuk mengetahui maklumat terkini kursus.

5. Bagaimana kursus dalam talian dijalankan?

Kursus dalam talian dijalankan melalui aplikasi Wiziq. Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan memaklumkan kepada pelajar cara-cara untuk menyertai dan memulakan kelas.

6. Apa yang saya perlukan untuk mengikuti kursus secara dalam talian?

Untuk pengajian yang berkesan serta pengalaman belajar yang memuaskan, pelajar-pelajar di nasihatkan untuk menggunakan komputer / tablet untuk mengendalikan aplikasi Wiziq. Kami tidak dapat menjamin pengalaman yang sama bagi pelajar yang menggunakan telefon bimbit untuk kursus ini kerana terdapat fungsi-fungsi tertentu dalam aplikasi Wiziq yang tidak mesra pengguna apabila digunakan melalui telefon bimbit.

7. Adakah Wiziq mesra pengguna?

Ya. Sila tonton video “Cara Membuka Kelas di Wiziq” berikut
https://www.youtube.com/watch?v=F-QTzFAGGrM

8.Berapa lamakah setiap kelas dijalankan dalam kursus TME dan SFS?

Setiap kelas diadakan selama 2 jam, sebanyak dua kali seminggu.

9. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyelesaikan kursus TME dan SFS?

Kedua-dua kursus ini akan mengambil masa selama 6 minggu In shaa Allah.

10. Bagaimana sekiranya saya terlepas menghadiri suatu kelas TME atau SFS?

Untuk kelas dalam talian (online) ; pelajar boleh menonton rakaman bagi kelas tersebut. Rakaman akan dipadam selepas 1 bulan dari tarikh tamat kursus. Untuk kelas biasa (onsite) anda boleh dapatkan maklumat daripada rakan sekelas anda.

11. Adakah saya akan menerima sijil setelah tamat menjalani kursus TME?

Ya. E-sijil akan dihantar melalui e-mel sama ada pada bulan Julai atau Disember.

12. Adakah saya akan menerima sijil setelah tamat menjalani kursus SFS?

Maaf, sijil tidak dikeluarkan bagi kursus SFS.

13.Saya lebih selesa dengan kelas perseorangan, adakah saya mempunyai pilihan untuk kelas sebegini?

Ya. Anda boleh memaklumkan permintaan anda untuk kelas perseorangan dan mendapatkan maklumat lanjut bagi kelas tersebut dengan menghantarkan e-mel kepada admin@tmeag.com

1. Apakah Program Nurturing?

Program Nurturing adalah program yang direka khas bagi pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan rohaniah diri mereka dan pada masa yang sama menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain. Program ini membentuk keperibadian pelajar agar menjadi seorang Muslimah yang berjaya secara menyeluruh, dan melatih pelajar tersebut dalam bacaan Al-Qur’an dengan matlamat untuk mendapat sijil Sanad.

2. Siapa yang boleh menyertai Program Nurturing?

Pelajar yang telah mencapai tahap tertinggi dalam Akademi iaitu tahap Hitam (Black) ATAU Nilam (Sapphire).

3. Bilakah pengambilan seterusnya?

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini untuk pendaftaran baru dengan mengikuti kami di media sosial (Facebook, Twitter, Instagram – tmeaglobal)   

1. Berapakah bayaran yuran bagi kursus-kursus/program-program yang dianjurkan oleh Akademi?

a. Kursus TME – RM500 bagi setiap kursus (onsite/online)
b. Kursus TME INTENSIF – RM600 bagi setiap kursus (onsite sahaja)
c. Kursus SFS – RM200 bagi setiap kursus (onsite/online)
d. Kursus Bacaan – RM300 bagi setiap penggal (onsite/online)
e. Kursus Hafazan – RM300 bagi setiap penggal (online sahaja)
f. Program Khatm – RM300 bagi setiap penggal (onsite/online)
g. Program Nurturing – RM250 bagi setiap bulan (online sahaja)
h. PTiTP – RM300 – RM400 bagi setiap bulan (online sahaja)
** Tertakluk kepada perubahan

2. Ada berapa penggal dalam setahun di Akademi?

Penggal 1 – Januari hingga Mac
Penggal 2 – April hingga Jun
Penggal 3 – Julai hingga September
Penggal 4 – Oktober hingga Disember

1. Saya tidak mampu untuk membayar yuran namun saya ingin belajar di Akademi ini. Apa yang boleh saya lakukan?

Anda boleh memohon untuk mendapatkan Bantuan Kewangan. Sila hantarkan e-mel permohonan anda kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar di admin@tmeag.com

2. Bagaimana untuk membuat bayaran yuran?

i. Pemindahan Wang secara Online: (Hanya untuk pelajar yang bermastautin di Asia Tenggara)
Nama Akaun: Tmea Global Sdn Bhd
Nama Bank: Maybank
Jenis Akaun: Akaun Semasa (Current A/C)
Nombor Akaun: 562236676744
Kod Swift: Mbbemyklxxx
Alamat: Tingkat 14, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur

ATAU

ii. PayPal: (Bagi pelajar yang bermastautin di luar Asia Tenggara) Hantarkan bayaran kepada finance.tmeag@gmail.com

NOTA: BAGI PELAJAR-PELAJAR DI INDIA
Anda perlu membuka akaun Paypal, kemudian hubungkan akaun Bank HDFC, kad debit dan kad PAN anda dengan Paypal. Seterusnya anda boleh membuat bayaran, In shaa Allah. Maklumat berikut boleh membantu anda untuk membuka akaun Paypal https://youtu.be/SKXolI6dnIU

3. Saya tidak mempunyai akaun bank dan PayPal. Bagaimana harus saya membuat pembayaran?

Sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui e-mel di admin@tmeag.com Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda.

4. Mata wang apakah yang di terima?

Kami menerima Ringgit Malaysia (MYR), Pound British (GBP), Euro (EUR) dan Dollar AS (USD).

Nota: Yuran kami adalah dalam Ringgit Malaysia, oleh itu sila e-mel kepada admin@tmeag.com untuk mendapatkan jumlah yuran semasa mengikut kadar pertukaran mata wang terkini.

5. Bolehkah saya memindahkan wang melalui Western Union, MoneyGram atau melalui ejen pengiriman wang yang lain?

Harap maaf, buat masa ini kami tidak dapat menerima kaedah pembayaran tersebut.

6. Apa yang perlu saya lakukan setelah selesai membuat pembayaran?

Sila hantarkan maklumat berikut melalui e-mel kepada admin@tmeag.com:

i. Salinan gambar skrin bukti pembayaran anda seperti resit atau lain-lain
dokumen
ii. Nama Pelajar
iii. Kod Kelas pelajar
iv. Jumlah Pembayaran
v. Tarikh Pembayaran
vi. Nama Pemegang Akaun
vii. Sila nyatakan sama ada pembayaran dilakukan melalui:
     a. Pemindahan Bank
     b. Paypal

7. Bila saya perlu bayar yuran penggal?

Bayaran untuk setiap Penggal mesti dijelaskan selewat-lewatnya pada 27 haribulan pada bulan sebelum bermulanya Penggal baru.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sanad?

Sanad adalah satu persijilan yang diterima oleh seseorang dari seorang Sheikh atau Sheikhah yang mempunyai susur galur berterusan sehingga ke Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa salam.

2. Bolehkah saya mendapat sanad setelah selesai menamatkan kursus TME?

Tidak

3. Bolehkah saya mendapat sanad setelah mencapai tahap Hitam (Black)?

Tidak

4. Bila saya boleh dapatkan sijil sanad?

Setelah lulus Ujian Sanad di bawah Program Guru dalam Latihan ATAU selepas anda selesai menamatkan Program Nurturing. **Tertakluk kepada Terma & Syarat

Perjalanan Pelajar Akademi 2020

1. Adakah terdapat ujian selepas berakhirnya setiap kursus?

(i) Kursus SFS  – TIADA
(ii) Kursus TME – YA (tidak wajib)
(iii) Hafazan – YA
(iv) Khatam – YA (tidak wajib)
(v) Program Nurturing – TIADA
(vi) PTiTP – YA

2. Bolehkah saya menduduki semula ujian TME sekiranya saya gagal atau tidak mencapai markah yang saya harapkan?

Ya, sesi ujian semula akan diadakan pada setiap tahun. Pendaftaran untuk ujian semula akan diumumkan kepada pelajar 1 bulan sebelum tarikh ujian tersebut, In shaa Allah **Tertakluk kepada Terma & Syarat

3. Berapakah yuran untuk menduduki semula ujian TME?

Yuran untuk menduduki semula ujian adalah sebanyak RM50.

4. Adakah bacaan saya akan di nilai?

Ya. Setiap penggal, guru kelas akan menilai dan menghantar pencalonan bagi pelajar yang ada kemajuan dalam bacaan mereka untuk “Pengesahan Warna”.

1. Pensijilian

Sijil akan diberikan kepada pelajar yang telah selesai kursus/program berikut;

  • Sanad
  • Khatam
  • Hafazan
  • Kursus TME
  • Kebenaran untuk Mengajar (Akan datang)

1. Bagaimana sekiranya saya ingin menjadi salah seorang kakitangan TMEAG?

Terima kasih kerana berminat untuk menyertai kami. Untuk keterangan lanjut, sila klik pada pautan berikut: www.tmeag.com/get-involved/career/

Ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Sumber Manusia hanya akan menghubungi calon yang permohonannya telah disenarai pendek sahaja.

2. Saya sangat berminat untuk menjadi guru di Akademi ini. Bagaimana saya boleh memohon?

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi tenaga pengajar di TMEAG. Anda boleh mengisi borang permohonan di pautan ini; tmeag.com/teacher-application-form/

3. Apakah syarat-syarat untuk menjadi seorang guru di Akademi ini?

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
a. Mestilah seorang pelajar di Akademi ini.
b. Kekuatan bacaan memenuhi tahap bacaan tertinggi di Akademi (Hitam/Nilam)
c. Pelajar mesti menghadiri kelas Program Khatam sekurang-kurangnya selama satu Penggal (3 bulan)
d. Sudah mengikuti Kursus Tajweed Made Easy (TME) di TMEAG.
e. Pemohon mesti mendapat markah 80% atau lebih dalam peperiksaan subjektif guru.
f. Boleh mengajar SEPENUH MASA sebaik sahaja lulus program latihan.
g. Mesti memahami dan dapat bertutur dengan lancar dalam Bahasa Inggeris.

Untuk maklumat lanjut, sila hantarkan e-mel kepada hr@tmeag.com.

4. Bagaimana sekiranya saya ingin menjadi sukarelawan di TMEAG?

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sukarelawan TMEAG. Anda boleh mengisi borang permohonan sukarelawan di pautan ini ; http://www.tmeag.com/get-involved/volunteer/ Kami akan menghubungi anda sekiranya bantuan sukarelawan diperlukan.

1. Saya berminat untuk menganjurkan Kursus Intensif oleh Sheikhah Wafaa Mohd Hussain di tempat saya. Bagaimanakah caranya?

Anda boleh hantarkan permintaan anda dengan menulis kepada marketing@tmeag.com

2. Saya berminat untuk menganjurkan ceramah di tempat saya. Bagaimanakah caranya untuk menjemput Sheikhah Wafaa Mohd Hussain?

Anda boleh hantarkan permintaan anda dengan menulis kepada marketing@tmeag.com

3. Apakah aktiviti atau program lain yang diadakan oleh Akademi?

Terdapat beberapa program yang kami jalankan sepanjang tahun. Sebahagian daripadanya adalah:
i. Kuliah bulanan di Pusat TMEAG oleh Sheikh Hussain Yee.
ii. Kursus Intensif oleh Sheikhah Wafaa Mohd Hussain.
iii. Pertandingan Al-Quran (Dalam Talian)
iv. Program Vibrant Ramadhan

4. Adakah program-program ini dibuka kepada orang ramai?

Kesemua program tersebut dibuka kepada orang ramai KECUALI Pertandingan Al-Quran

5. Apakah yang dimaksudkan dengan program Vibrant Ramadhan?

Vibrant Ramadhan adalah program kelas bacaan istimewa yang diadakan pada bulan Ramadhan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hantarkan e-mel kepada admin@tmeag.com

6. Bagaimana untuk membeli buku-buku Akademi?

i. Beli secara dalam talian dengan menghantarkan e-mel kepada sales@tmeag.com
ii. Beli di pusat TMEAG di Denai Alam, Malaysia
iii. Anda juga boleh membeli buku-buku Akademi melalui pengedar kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengedar-pengedar kami, sila hantarkan e-mel kepada sales@tmeag.com

TMEA GLOBAL SDN BHD
No 25, Jalan Elektron U16/58F, 40160 Denai Alam, Shah Alam Selangor
+603-7734-0969 / +6010-225-7054

7. Adakah Akademi menjalankan kelas yang sama untuk lelaki?

Ya dan kami hanya mengadakan kelas untuk kanak-kanak lelaki berumur antara 8 hingga 10 tahun sahaja.

8. Adakah Akademi ini menawarkan kelas bahasa Arab?

Maaf, kami tidak menawarkan kelas bahasa Arab.

Ingin mengetahui lebih lanjut?

 

pompy wtryskowe|cheap huarache shoes| bombas inyeccion|cheap jordans|cheap air max| cheap sneaker cheap nfl jerseys|cheap air jordanscheap jordan shoescheap jordanscheap wholesale jordans