Akademi Kami

Pada lebih sedekad yang lalu, Sheikhah Wafaa telah ditunjukkan beberapa foto yang memaparkan kanak-kanak Cina Muslim di sebuah desa terpencil di kawasan pergunungan China. Antara foto-foto tersebut, ada satu yang telah begitu menarik perhatian beliau – anak-anak kecil yang comel dengan pipi kemerahan tetapi dengan iras wajah yang serius sedang mendakap naskhah Al-Quran dengan begitu erat di dada mereka. Jelas terlihat dari foto itu betapa berharganya Al-Quran itu bagi mereka. Imej tersebut telah terpahat dalam memori Sheikhah Wafaa buat selama-lamanya dan telah menjadi ilham kepada beliau untuk menubuhkan sebuah akademi yang membolehkan pembelajaran Al-Quran diakses oleh semua manusia di seluruh dunia, termasuk mereka yang tinggal kawasan-kawasan terpencil, in-sha-Allah.

Foto tersebut telah mebawa kepada penubuhan Tajweed Made Easy Academy Global (TMEAG) oleh Sheikhah Wafaa pada tahun 2012 dengan visi untuk menyebarkan pembacaan Kalam Allah yang betul di seluruh dunia. Dengan hanya sekumpulan kecil guru-guru, Akademi ini mula menawarkan kelas membaca Al-Quran kepada orang ramai. Kini, tenaga pengajar akademi tersebut telah berkembang kepada 26 orang guru dan ramai lagi yang sedang mengikuti latihan. Akademi ini menawarkan kursus dalam talian (online) untuk Muslimah dan kanak-kanak yang tidak berbahasa Arab di seluruh dunia. Pelajar boleh mempelajari Al-Quran daripada guru wanita yang berkelulusan dan terlatih, dari keselesaan rumah mereka sendiri. Kelas pengajian bersemuka (onsite) juga disediakan di lokasi-lokasi terpilih. Antara kursus yang ditawarkan ialah:

  • Kursus Pembacaan Al-Quran
  • Kursus Hafazan
  • Kursus Tajweed Made Easy (peringkat lanjutan)
  • Kursus Starting From Scratch (peringkat permulaan)
  • Nurturing Program (Program Pemupukan) (bagi mereka yang sudah mencapai tahap tertinggi dalam Kursus Pembacaan dan ingin menerima Sanad/Ijazah)
  • Program Teachers in Training (Guru Percubaan dalam Latihan) (bagi mereka yang ingin menjadi guru Akademi)

Akademi ini terus berusaha untuk melatih guru-guru yang berkelayakan, dan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang selesa dan berkesan kepada para pelajar. In-sha-Allah dengan berkembangnya Akademi ini, pelbagai program baru akan diperkenalkan bagi memenuhi pelbagai keperluan pelajar-pelajar.

 

pompy wtryskowe|cheap huarache shoes| bombas inyeccion|cheap jordans|cheap air max| cheap sneaker cheap nfl jerseys|cheap air jordanscheap jordan shoescheap jordanscheap wholesale jordans