Pengasas Kami

Perjalanan Sheikhah Wafaa Muhammad Hussain dalam mendalami pengajian agama Islam bermula pada tahun 1997 sewaktu beliau mengembara ke Timur Tengah sejurus selepas menamatkan persekolahan di Sekolah St. Mary Kuala Lumpur. Lokasi pertama yang dikunjungi adalah negara Jordan, di mana beliau telah mendapati bahawa pengajian pembacaan Al-Qur’an bukanlah suatu subjek yang sukar dipelajari. Pada umur 19 tahun, beliau seterusnya telah mengkhususkan pengajian beliau kepada Al-Qur’an. Sheikhah Wafaa mula mengajar membaca Al-Qur’an pada usia 21 tahun di pelbagai institusi di sekitar Arab Saudi termasuklah di Pusat Raabigh Da’wa. Beliau telah dinobatkan dengan anugerah Sanad (Ijazah) pertama beliau daripada Sheikhah Manal Ahmad Ridwan ketika berusia 25 tahun. Kemudian, pada usia 28 tahun, Sheikhah Wafaa dianugerahkan Sanad generasi ke-32 dan 33 dari Sheikh Muhammad ibn Salim ibn Ahmad ibn Salim.

Beliau kini memegang 3 qiraat yang berbeza.

Dengan minat yang begitu mendalam dalam bidang pendidikan, beliau kemudiannya telah menubuhkan Tajwid Made Easy Academy Global (TMEAG). Melalui akademi ini, beliau telah melatih ramai guru-guru wanita yang berkelayakan dari seluruh dunia malah ada juga yang telah menerima anugerah Sanad dari beliau.

Sheikhah Wafaa kerap mengendalikan Kursus Tajwid Intensif TME di pelbagai negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, Macedonia, Kosovo, Singapura, India, Jerman, Austria dan Filipina. Selain mengajar, beliau juga sering menjadi panel jemputan di pelbagai persidangan di dalam dan di luar negara.

Pencapaian-pencapaian utama:

  • 2011 – Menerbitkan buku TME yang menggunakan kaedah pengajian tajwid yang unik yang dibangunkan sendiri oleh Sheikhah Wafaa;
  • 2012 – Menubuhkan Akademi TMEAG dan menawarkan kursus pengajian kepada orang awam;
  • 2013 – Menerbitkan buku Starting from Scratch (SFS), khusus bagi mereka yang baru mula belajar membaca Al-Qur’an;
    Menerbitkan buku tajwid TME Mind Maps; Melancarkan White Palm, sebuah tahfiz khas untuk muslimah yang pertama di Tetovo, Macedonia;
  • 2015 – Melancarkan Pusat Pengajian TMEAG di Selangor, Malaysia;
  • 2018 – Menerbitkan edisi semakan buku TME, yang menggunakan Hafs ‘an’ Asim tareeq at-Taiyyibah.”

 

 

pompy wtryskowe|cheap huarache shoes| bombas inyeccion|cheap jordans|cheap air max| cheap sneaker cheap nfl jerseys|cheap air jordanscheap jordan shoescheap jordanscheap wholesale jordans